Tuesday, April 27, 2010

FULL HOUSE



Cast:
Han Ji-eun: Song Hae Gyo (All In/Guardian Angel/Autumn Story)
Lee Young-jae : Bi (Sang-doo)
Kang Hye-won : Han Eun Jung (Scent of a Man)
Yoo Min-hyuk: Kim Sung Soo (Say you love me)
Mr. Lee (Young-jae's dad): Jang Yong (Yellow Handkerchief/This Is Love)
Ms. Kim (Young-jae's mom): Sun Woo Eun Sook (Autumn Story)
Young-jae's grandmother: Kim Ji Young (Running After Dream/Loneliness)
Dong-wook: Do Han
Hee-jin: Lee Young Eun
Dae-pyo: Im Hye Jin

Synopsis:

Han Ji Eun (JE) merupakan seorang penulis novel internet dan tinggal sendirian dalam sebuah rumah yang dibina oleh bapanya selepas ke dua ibubapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.Lee Young Jae (YJ) adalah pelakon terkenal yang sangat sombong dan besar kepala. namun dalam diam memendam rasa cinta pada kawan lamanya sejak kecil iaitu Kang Hye Won (HW), seorang pereka fesyen.Namun dia tidak berani meluahkan perasaan itu kerana dia tahu Hye Won menyintai Yoo Min Hyuk (MH), kawan mereka semenjak kecil juga.

JE telah ditipu oleh 2 orang sahabat baiknya membuatkan rumah yang diberi nama FULL HOUSE jatuh ke tangan YJ. bermula dengan itulah, mereka terperangkap dengan perebutan untuk memiliki FULL HOUSE sehinggala termeterainya "perjanjian Kahwin' di mana mereka berpura2 menjadi suami isteri selama 6bulan. YJ mahu mengembalikan reputasinya sebagai pelakon dan JE pula mahu memiliki semula rumah peninggalan bapanya.

Walaupun saling membenci mereka belajar untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. namun situasi menjadi semakin rumit apabila JE menyedari bahawa dia mula jatuh cinta pada YJ. manakala MH pula mula meminati 'isteri' sahabat baiknya itu. Apa yang berlaku? kalo ada yang belum menonton, saksikanla sendiri drama yang mencuit hati ini.


ULASAN JOJOE:
Drama ni memang kebanyakan scene nya membuatkan aku ketawa.. ada jugak scene yg buat aku rasa sedih..huhuh... dah banyak kali keluar kat tv..tapi rasa tak jemu menonton sebab jalan ceritanya memang best walaupun dah bleh agak dah endingnya. Pelakon wanitanya Song Hae Gyo memang aku minat..sangat cute..sangat sesuai dengan karakter yang dibawanya. Paling kelakar apabila dia digelar ayam oleh YJ..dan bila dia bercerita mengenai siput yang memakai cermin mata...heheh..

Stars (out of 5) :

No comments:

Post a Comment

Footer