Friday, May 21, 2010

Kau untukku

Tajuk : Kau Untukku
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-061-8
Mukasurat : 480 Halaman

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

ULASAN JOJOE:
Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.. Antara novel yang buat airmata aku gugur.huhuh.. susunan bahasa dalam novel ni memang menyentuh hati.. lagipun, sapa tak sedih bila tunang meninggal di saat2 hari pernikahan yang bakal hadir..huhuhuh...apapun, patah tumbuh hilang berganti..sekali lagi hadir seorang lelaki yang digambarkan sebagai penyelamat kehidupan seorang wanita. Kalau jodoh tak ke mana.. novel ni dah lama..but still one of the best in my collection... cari dan baca...

Stars (out of 5) :


Tuesday, May 18, 2010

Cinta Kau dan Aku

Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5234-28-6
Mukasurat : 684 Halaman
Harga: RM 19.90

Karya Terbaru Novelis Andai Itu Takdirnya!!

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~

ULASAN JOJOE:
Nak komen apa erk?.. rasanya novel pertama lebih menarik kot.. yang kedua ni mcm bahasanya terlalu simple dan bersahaja.. bukan bemaksud aku sukankan novel berat cuma bila membaca novel cinta aku harap dapat melihat keseriusan penulis dan watak di dalam novelnya... bila bahasa yang diolah terlalu bersahaja, maka aku pun mulalah cepat nak rasa bosan sebab timbul ketidaklogikannya di situ.. tambah mengecewakan bila jalan cerita di separuh novel hampir menyamai cerita dalam novel ANDAI ITU TAKDIRNYA.. kisah seorang isteri dikecewakan suami, anak dalam kandungan meninggal,dan paling ketara si isteri terpaksa pulang ke pangkuan suami demi menjaga hati semua pihak..hmm.. stereotaipla pula aku rasa...

dan aku paling muak membaca cerita yang banyak memuja kecantikan mahupun ketampanan watak utamanya,..mcm melampau2 pula... seolah2 dunia ni hanya milik si jelita dan si kacak.. si kacak hanya akan bertemu jodoh dengan si jelita... hmm.. apa ni?.. boring tul aku bila penulis terlampau banyak memuji kecantikan paras rupa dan of course macam biasa si hero mesti anak orang kaya dan yang si heroin plak anak orang kampung yang bercita2 besar mahu berjaya.. well, rasanya dari ulasan aku ni pun korang dah tahu kesimpulannya kan?apapun penulis dah cuba bawa kelainan cuma perlu lebih baik...dan rasanya tak semua orang punya pendapat yang sama.. pendek kata beli dan baca sendiri baru tahu.. hihih..panjang kata aku dah tak tahu nak tulis apa..hihih..

Stars (out of 5) :

Footer