Friday, May 21, 2010

Kau untukku

Tajuk : Kau Untukku
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-061-8
Mukasurat : 480 Halaman

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

ULASAN JOJOE:
Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.. Antara novel yang buat airmata aku gugur.huhuh.. susunan bahasa dalam novel ni memang menyentuh hati.. lagipun, sapa tak sedih bila tunang meninggal di saat2 hari pernikahan yang bakal hadir..huhuhuh...apapun, patah tumbuh hilang berganti..sekali lagi hadir seorang lelaki yang digambarkan sebagai penyelamat kehidupan seorang wanita. Kalau jodoh tak ke mana.. novel ni dah lama..but still one of the best in my collection... cari dan baca...

Stars (out of 5) :


2 comments:

  1. banyak nya novel jojoe... kalau kite dekat kompom beauty da pinjam... dulu hubby selalu belikan novel tuk beauty sbb dia tau beauty suka baca... now dia dah bz =( nnt nak mintak dia beli lg la =)

    ReplyDelete
  2. sy dah bace novel nie..
    mmg sgt2 best...;)

    ReplyDelete

Footer