Tuesday, April 27, 2010

ANDAI ITU TAKDIRNYA


Sinopsis...

Harga: RM 19.90

Halaman: 588

Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.

ISBN: 978-983-3669-65-3

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.


ULASAN JOJOE:
ini adalah antara novel terlaris di pasaran. Walaupun cover depannya kurang menarik (bagi aku la) dan ianya bukan terbitan Alaf21, namun bermula dari mukasurat satu aku tertarik untuk membca sehingga ke akhir cerita.. kesimpulannya.. MEMANG MENARIK..Penulis berjaya membuatkan aku rasa benci pada watak hero yang bagi aku terlalu kejam... tapi kemudian waktu itu dikembangkan supaya kita dapat kembali menerima dia sebagai HERO dalam novel ini.. kalo ada member2 yang nak membeli aku syorkan novel ni.. membaca novel ni membuatkan aku rasa kagum.. masih adakah wanita dalam dunia ni yang setabah watak utamanya.. ?penderitaan dan kesedihan yang dilaluinya membuatkan aku turut menangis., (hihih,,. emosi la plak,,)..kalo boleh akupun nak jadi setabah itu..

Stars (out of 5) :

JAUH


cover baru ~JAUH~

Sinopsis : JAUH

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.

Harga : RM 11.50

Halaman :254

ISBN : 983-124-001-4



cover lama ~JAUH~

ULASAN JOJOE:
Inilah novel pertama hasil penulisan AISYA SOFEA. dan kalo nak tahu inilah novel kesayanganku. dah lama dah buku ni dikeluarkan. sampai dah tukar cover dah.akupun tak pasti dah berapa kali cetakan dah.yang pasti buku ni dalam versi inggeris pun ada.hebat kan?

"Kalo dah Jodoh tak ke mana jua".. itulah yang cuba disampaikan dalam novel ni. Memang rasa teruja menghayati watak Fikri dan Ika. watak Fikri yang digambarkan sebagai seorang 'gentleman' memang sangat memikat. huhu... Jalan ceritanya tidak sukar difahami, diolah dengan begitu relaks dan membuatkan kita rasa teruja untuk tahu kesudahan percintaan mereka. Bermula dengan konflik antara ika dan tunangnya yang kemudiannya membawa kepada perkenalan Ika dan Fikri. Bila membaca aku rasakan seperti aku yang membawa watak ika itu..heheh.. apapun, ini cerita terbaik Aisya Sofea bagiku walaupun ini novel pertama beliau..

Stars (out of 5) :


FULL HOUSE



Cast:
Han Ji-eun: Song Hae Gyo (All In/Guardian Angel/Autumn Story)
Lee Young-jae : Bi (Sang-doo)
Kang Hye-won : Han Eun Jung (Scent of a Man)
Yoo Min-hyuk: Kim Sung Soo (Say you love me)
Mr. Lee (Young-jae's dad): Jang Yong (Yellow Handkerchief/This Is Love)
Ms. Kim (Young-jae's mom): Sun Woo Eun Sook (Autumn Story)
Young-jae's grandmother: Kim Ji Young (Running After Dream/Loneliness)
Dong-wook: Do Han
Hee-jin: Lee Young Eun
Dae-pyo: Im Hye Jin

Synopsis:

Han Ji Eun (JE) merupakan seorang penulis novel internet dan tinggal sendirian dalam sebuah rumah yang dibina oleh bapanya selepas ke dua ibubapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.Lee Young Jae (YJ) adalah pelakon terkenal yang sangat sombong dan besar kepala. namun dalam diam memendam rasa cinta pada kawan lamanya sejak kecil iaitu Kang Hye Won (HW), seorang pereka fesyen.Namun dia tidak berani meluahkan perasaan itu kerana dia tahu Hye Won menyintai Yoo Min Hyuk (MH), kawan mereka semenjak kecil juga.

JE telah ditipu oleh 2 orang sahabat baiknya membuatkan rumah yang diberi nama FULL HOUSE jatuh ke tangan YJ. bermula dengan itulah, mereka terperangkap dengan perebutan untuk memiliki FULL HOUSE sehinggala termeterainya "perjanjian Kahwin' di mana mereka berpura2 menjadi suami isteri selama 6bulan. YJ mahu mengembalikan reputasinya sebagai pelakon dan JE pula mahu memiliki semula rumah peninggalan bapanya.

Walaupun saling membenci mereka belajar untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. namun situasi menjadi semakin rumit apabila JE menyedari bahawa dia mula jatuh cinta pada YJ. manakala MH pula mula meminati 'isteri' sahabat baiknya itu. Apa yang berlaku? kalo ada yang belum menonton, saksikanla sendiri drama yang mencuit hati ini.


ULASAN JOJOE:
Drama ni memang kebanyakan scene nya membuatkan aku ketawa.. ada jugak scene yg buat aku rasa sedih..huhuh... dah banyak kali keluar kat tv..tapi rasa tak jemu menonton sebab jalan ceritanya memang best walaupun dah bleh agak dah endingnya. Pelakon wanitanya Song Hae Gyo memang aku minat..sangat cute..sangat sesuai dengan karakter yang dibawanya. Paling kelakar apabila dia digelar ayam oleh YJ..dan bila dia bercerita mengenai siput yang memakai cermin mata...heheh..

Stars (out of 5) :

Monday, April 26, 2010

JENDELA HATI

Sinopsis : JENDELA HATI

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Harga : RM 14.00

Halaman :344

ISBN : 983-124-034-0


ULASAN JOJOE:

Kisah novel ni memang menarik. Konflik perasaan yang dilalui oleh seorang suami yang kematian isteri dan terpaksa berdepan dengan kembar seiras isteri. Rasa sayang yang masih bersisa terhadap arwah si isteri (SARAH) membuatkan dia sukar membezakan rasa cinta pada si kembar (FARAH). Farah pula digambarkan sebagai seorang adik yang tersepit dengan permintaan kakak kembarnya untuk membina semula hidup Lukman dan anaknya yang tidak terurus semenjak kematian Sarah. Kisah pengorbanan dan kekeluargaan yang sangat menarik.Antara novel kegemaranku. Kalo ada yang berminat bolehla membaca dan anda tidak akan rasa rugi.

Stars (out of 5) :

MULANYA DI SINI


inilah entry pertama aku dalam blog neh... secara rasminya memperkenalkan blog yg lebih mendalam mengenai minatku terhadap novel.ekceli dah berlambak2 novel yg aku beli.. memang sejak kecik aku minat sgt2 menulis dan membca novel.
pernah juga menulis cerpen dan novel untuk kawan2..walaupun bahasa dan penceritaan aku tak seindah penulis terkenal, tapi aku tetap puas hati berkarya sendiri.. apapun komen anda, this is my hobby. di sini aku catatkan ulasanku sendiri berkenaan dengan novel2 yang pernah aku baca... Selain itu aku juga akan menyelitkan ulasan-ulasan mengenai filem atau drama yang aku minati dan yang pernah aku tonton. sekadar untuk infomasi kita bersama.
Sekiranya berkesempatan aku akan selitkan juga hasil penulisanku di sini..yang pasti, di sinilah permulaannya..kisah novel dan drama pilihanku...

Footer