Showing posts with label AISYA SOFEA. Show all posts
Showing posts with label AISYA SOFEA. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Kau untukku

Tajuk : Kau Untukku
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-061-8
Mukasurat : 480 Halaman

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

ULASAN JOJOE:
Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.. Antara novel yang buat airmata aku gugur.huhuh.. susunan bahasa dalam novel ni memang menyentuh hati.. lagipun, sapa tak sedih bila tunang meninggal di saat2 hari pernikahan yang bakal hadir..huhuhuh...apapun, patah tumbuh hilang berganti..sekali lagi hadir seorang lelaki yang digambarkan sebagai penyelamat kehidupan seorang wanita. Kalau jodoh tak ke mana.. novel ni dah lama..but still one of the best in my collection... cari dan baca...

Stars (out of 5) :


Tuesday, April 27, 2010

JAUH


cover baru ~JAUH~

Sinopsis : JAUH

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.

Harga : RM 11.50

Halaman :254

ISBN : 983-124-001-4



cover lama ~JAUH~

ULASAN JOJOE:
Inilah novel pertama hasil penulisan AISYA SOFEA. dan kalo nak tahu inilah novel kesayanganku. dah lama dah buku ni dikeluarkan. sampai dah tukar cover dah.akupun tak pasti dah berapa kali cetakan dah.yang pasti buku ni dalam versi inggeris pun ada.hebat kan?

"Kalo dah Jodoh tak ke mana jua".. itulah yang cuba disampaikan dalam novel ni. Memang rasa teruja menghayati watak Fikri dan Ika. watak Fikri yang digambarkan sebagai seorang 'gentleman' memang sangat memikat. huhu... Jalan ceritanya tidak sukar difahami, diolah dengan begitu relaks dan membuatkan kita rasa teruja untuk tahu kesudahan percintaan mereka. Bermula dengan konflik antara ika dan tunangnya yang kemudiannya membawa kepada perkenalan Ika dan Fikri. Bila membaca aku rasakan seperti aku yang membawa watak ika itu..heheh.. apapun, ini cerita terbaik Aisya Sofea bagiku walaupun ini novel pertama beliau..

Stars (out of 5) :


Monday, April 26, 2010

JENDELA HATI

Sinopsis : JENDELA HATI

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Harga : RM 14.00

Halaman :344

ISBN : 983-124-034-0


ULASAN JOJOE:

Kisah novel ni memang menarik. Konflik perasaan yang dilalui oleh seorang suami yang kematian isteri dan terpaksa berdepan dengan kembar seiras isteri. Rasa sayang yang masih bersisa terhadap arwah si isteri (SARAH) membuatkan dia sukar membezakan rasa cinta pada si kembar (FARAH). Farah pula digambarkan sebagai seorang adik yang tersepit dengan permintaan kakak kembarnya untuk membina semula hidup Lukman dan anaknya yang tidak terurus semenjak kematian Sarah. Kisah pengorbanan dan kekeluargaan yang sangat menarik.Antara novel kegemaranku. Kalo ada yang berminat bolehla membaca dan anda tidak akan rasa rugi.

Stars (out of 5) :

Footer